Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.04.24 Perkasa wanita ceburi bidang keusahawanan

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 April. – Majlis Pelancaran Program Komuniti Wanita: Cook for Good telah diadakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia (PPB), bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024, bertempat di Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kampung Tanah Jambu.

 

Hadir bagi melancarkan program yang julung-julung kalinya diadakan itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam.

 

Program Komuniti Wanita: Cook for Good ini sesuai dengan tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini iaitu Pelaburan Terhadap Wanita / Invest in Women: Accelerate Progress.

 

Pelaburan terhadap wanita boleh mengambil pelbagai bentuk, salah satunya adalah membina kemahiran yang boleh digunakan seumur hidup mereka.

 

Program ini bertujuan untuk memperkasa para wanita agar dapat memulakan perniagaan dengan kemahiran memasak serta mempromosi dan menyokong kaum wanita secara inklusif dari segi keusahawanan dan seterusnya untuk membina keyakinan para peserta program memulakan perniagaan di bidang permakanan.

 

Seramai tujuh orang wanita yang terdiri daripada golongan sasaran JAPEM telah menyertai program ini.

 

Selain meningkatkan kemahiran dan keusahawan di kalangan Wanita, program ini juga dihasratkan untuk mengalakkan para wanita menggunakan kemudahan Teknologi IT seperti Sosial Media Instagram sebagai salah satu kaedah / platform dalam kehidupan seharian termasuk mendapatkan menu-menu dari Chef Influencer yang terkenal.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pembantu Perkembangan Ugama, PPB, Awang Mohammad Nabil bin Hj Roslan.

 

Acara diteruskan dengan pelancaran program oleh tetamu kehormat yang seterusnya dibawa untuk menyaksikan hasil hidangan makanan yang disediakan oleh para peserta.

 

Program ini dikendalikan oleh Penolong Tenaga Pengajar daripada PPB selaku fasilitator, Dayang Juraidah binti Haji Hamid dan Dayang Nur 'Aeidah binti Haji Kamis.

 

Dalam program ini, juga melibatkan beberapa menu yang diinspirasikan dari resepi masakan viral, Khairul Aming iaitu seorang Chef Influencer terkenal di Malaysia.

 

Melalui kaedah platform sosial media, para peserta dapat mengikuti dan mempraktikalkan pembelajaran mereka yang mana, insyaallah, akan dapat membantu dan membina keyakinan mereka untuk berjinak-jinak dan berkecimpong dalam bidang keusahawanan.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan oleh Tetamu Kehormat.

 

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyaraka,t Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh selaku Pengerusi Majlis; ahli-ahli Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan rakan-rakan strategik KKBS.

 

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

06.04.24 Perkasa wanita ceburi bidang keusahawanan