Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

05.07.25 Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H

​Hari Sabtu, 5 Julai 2025, Bangunan Dewan Majlis – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H / 2025M bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Dewan Majlis. Majlis tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi Tahun Baharu Hijrah Islam 1447 Hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Ceramah khas bertajuk "Semangat Hijrah dalam Diri Muslim Sejati" telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Dakwah Islamiah. Ceramah antara lain telah menekankan ciri-ciri yang penting dalam diri Muslim sejati iaitu keimanan, semangat hijrah dan semangat jihad yang tinggi untuk memperbaiki diri dan berubah kepada yang lebih baik.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah yang dipimpin oleh pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.​​

05.07.25 Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H