Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.02.25 Raptai penuh pastikan kelancaran Istiadat Pembukaan Rasmi MMN

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 Februari. - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama daripada Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi akan berlangsung pada Rabu, 26 Februari 2025 bersamaan 27 Syaaban 1446.


Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran majlis itu nanti, raptai penuh diadakan pagi tadi bertempat di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi itu nanti.


Hadir menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.


Turut serta semasa raptai penuh ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN; Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN; serta agensi-agensi yang terlibat dalam istiadat berkenaan nanti.


(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)​

19.02.25 Raptai penuh pastikan kelancaran Istiadat Pembukaan Rasmi MMN