Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.11.24 Bersama memelihara persekitaran kampung

​TUTONG, Sabtu, 30 November. - Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) khususnya Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Program Amal Belia v.3.1 – Kempen Kebersihan bertempat di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang.


Kempen Hari Bertindak (Day of Actions Campaign) adalah sempena memperingati Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang akan disambut pada 5 Disember setiap tahun.


Program Amal Belia v.3.1 – Kempen Kebersihan ini merupakan anjuran JBS cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Institusi Mukim Telisai dan RPN Bukit Beruang, Mukim Telisai melibatkan beberapa belia, penduduk kampung dan mukim.


Antara tujuan utama program, adalah untuk meningkatkan penglibatan di antara majlis perundingan Mukim dan Kampung umumnya dan penglibatan belia khasnya dalam aktiviti kemasyarakatan dalam memelihara persekitaran kampung yang bersih, sihat dan selamat.


Beberapa kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibersihkan iaitu Zon 1 – Kawasan Taman Permainan, Zon 2 – Kawasan Jalan Pusat Tingkatan Enam Tutong dan Zon 3 – Kawasan Kedai di Kampung Bukit Beruang (Asal).


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, juga selaku Penghulu Mukim Ukong.


Turut hadir bersama menyokong inisiatif tersebut, Penghulu Mukim Telisai dan Ketua-ketua Kampung, Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukit Beruang.


(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)​

30.11.24 Bersama memelihara persekitaran kampung