Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
24.06.22 JMM menghadiri Mesyuarat AIPACODD Ke-5

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 24 Jun 2022 – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) kali ke-5 dihoskan oleh National Assembly of the Kingdom of Cambodia secara dalam talian.  Mesyuarat secara dalam talian tersebut berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

Mesyuarat AIPACODD kali ke-5 ini telah dihadiri oleh 10 buah negara Ahli AIPA termasuk Negara Brunei Darussalam. Negara menghadiri mesyuarat selaku pemerhati yang diwakili oleh            Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat. Turut hadir sama ialah Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, sebagai Setiausaha Agung AIPA yang akan datang.

AIPACODD telah memainkan peranan penting di dalam memerangi dadah merbahaya melalui parlimen-parlimen negara AIPA sebagai penyelaras untuk bertukar maklumat, dasar, dan penguatkuasaan undang-undang di rantau ASEAN. Mesyuarat AIPACODD kali ini membincangkan mengenai isu menangani bersama cabaran-cabaran ke arah komuniti ASEAN bebas dadah (Addressing Challenges Together for Drug-Free ASEAN) dengan matlamat agar negara-negara Ahli AIPA dapat menggunakan mekanisme inovatif dan alat-alat yang lebih berkesan untuk merealisasikan visi ASEAN. Pada masa yang sama, wabak COVID-19 yang masih berterusan, ianya sentiasa menjadi cabaran yang mengancam aspirasi ASEAN ke arah komuniti bebas dadah. Cabaran ini bukan sahaja menjejaskan usaha di dalam merealisasikan komuniti bebas dadah tetapi juga menjejaskan Wawasan Komuniti ASEAN 2035 dan masa depen generasi akan datang.

Mesyuarat AIPACODD kali ini telah meluluskan Laporan Rasmi Mesyuarat AIPACODD kali                 ke-5 dengan sebulat suara.  Laporan tersebut seterusnya akan dibincangkan untuk diluluskan semasa Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) kali ke-43 yang akan dihoskan oleh National Assembly of Kingdom of Cambodia pada bulan November tahun ini nanti. 


24.06.22 JMM menghadiri Mesyuarat AIPACODD Ke-5