Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.03.22 SR Tungku tanam 48 anak pokok

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Sebanyak 48 anak pokok diserahkan dan ditanam dalam acara penyerahan dan penanaman pokok yang diadakan di Sekolah Rendah Tungku, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Green Brunei, di sini, hari ini, acara itu diadakan di bawah Projek Jelajah Pendidikan Alam Sekitar di mana ia dihadiri oleh seramai 60 orang peserta terdiri daripada guru-guru kanan, guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Tungku.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ahli Majlis Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Majid bin Tengah.

Kenyataan menyatakan bahawa acara dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Awang Dzulbaharain bin Haji Sulaiman.

Acara diteruskan dengan penyerahan anak pokok oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari selaku pengasas bersama Green Brunei kepada Awang Dzulbaharain.

Sebanyak 48 anak pokok sumbangan Mitsubishi Corporation telah pun diserahkan kepada Sekolah Rendah Tungku yang terdiri dari 20 pokok buah, lapan pokok nangka, 10 pokok durian dan 10 pokok petai.

Majlis diteruskan dengan penanaman anak-anak pokok berkenaan di sekitar kawasan Sekolah Rendah Tungku.


(Sumber berita: Media Permata)

30.03.22 SR Tungku tanam 48 anak pokok