Khamis, 2 Jun 2026, Kuala Lumpur, MALAYSIA – Urusetia Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Malaysia selama tiga hari pada 29 Jun hingga 1 Julai 2026 bagi mengikuti beberapa sesi perkongsian dan perbincangan mengenai amalan serta pengurusan institusi parlimen. Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang mendalami pelbagai aspek termasuk pengurusan persidangan, penyelidikan parlimen, Jawatankuasa Pilihan Khas, perhubungan antarabangsa dan komunikasi korporat, di samping menghadiri pemerhatian secara langsung Persidangan Dewan Rakyat dan Persidangan Kamar Khas.
Lawatan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi parlimen.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Parlimen Malaysia atas sambutan mesra serta perkongsian yang amat bermanfaat. Semoga hubungan dan kerjasama antara kedua-dua institusi parlimen akan terus diperkukuhkan.
(sumber gambar: Parlimen Malaysia)




