BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Mac. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyokong usul Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, iaitu Usul Menjunjung Kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap limpah kurnia titah baginda bersempena keberangkatan ke Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) baru-baru ini.
Menurut Yang Berhormat, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut mencerminkan pemikiran proaktif dan wawasan baginda yang jauh ke hadapan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk terus terjalin.
Ia juga jelas Yang Berhormat, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan baginda untuk memelihara kemakmuran negara sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei 2035. Justeru, tiga perkara utama yang di ketengahkan oleh Yang Berhormat terhadap kandungan titah baginda semasa majlis istiadat pembukaan berkenaan.
“Pertama, titah baginda bahawa MMN merupakan wadah percambahan fikiran. Antaranya berasaskan himpunan perkara-perkara berkeutamaan daripada sesi dialog, muzakarah dan lawatan kerja Ahli-ahli Mesyuarat yang dilantik adalah sangat tepat sekali.
“Malah majlis ini adalah wadah perbincangan tertinggi di negara ini yang memainkan peranan yang amat signifikan dalam pembangunan dan kemajuan negara. Ia berfungsi sebagai platform demokrasi berteraskan Melayu Islam Beraja di mana wakil-wakil rakyat dapat menyuarakan pandangan dan membawa isu-isu penting untuk perhatian kerajaan selaras dengan konsep syura dalam Islam dan bersandarkan lunas-lunas perlembagaan Brunei,” terang Yang Berhormat pada hari ketiga Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.
Yang Berhormat juga menyatakan yang lebih penting lagi, majlis ini berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat di mana melalui perbahasan dalam majlis, aspirasi dan kebimbangan rakyat dapat disampaikan secara langsung kepada pihak penggubal dasar seterusnya memastikan dasar-dasar kerajaan sentiasa relevan dengan keperluan rakyat. Seterusnya titah baginda bagi kekerapan Persidangan MMN dipertingkatkan kepada dua kali setahun tambahnya, akan membawa manfaat besar kepada pentadbiran negara.
Persidangan yang lebih kerap membolehkan pemantauan berterusan terhadap dasar-dasar kerajaan dan projek pembangunan serta membuka ruang untuk menangani isu-isu semasa dengan lebih berkesan ia juga mempertingkatkan akauntabiliti dalam sektor awam melalui pelaporan pencapaian yang lebih kerap oleh kementerian dan jabatan-jabatan sekali gus mendorong prestasi yang lebih cemerlang dalam usaha mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Kemudian, perkara kedua dalam inti pati titah baginda ujar Yang Berhormat ialah berkenaan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan kemajuan negara kemajuan ketara dengan putaran purata pertumbuhan sepanjang tempoh tahun 2017 hingga 2023 iaitu sebanyak 4.3 peratus setahun. Ini didorong oleh peningkatan yang luar biasa dalam sektor aliran minyak dan gas.
Titah baginda ini juga tegasnya, terus saja mengingatkan kita untuk terus berusaha lebih gigih khas dalam mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dan gas. Cabaran global semasa seperti ketidaktentuan harga minyak perubahan iklim dan gangguan bekalan sebenarnya menukar wang baharu untuk memperkukuhkan ekonomi.
Malahan, keadaan ini kata Yang Berhormat, turut mendorong kita untuk meneroka bidang-bidang baharu, meningkatkan inovasi dan membina daya tahan ekonomi yang lebih mantap ia juga mendorong kita untuk perlu mengambil pendekatan yang lebih agresif dan mempelbagaikan ekonomi, meningkatkan kecekapan sektor awam dan swasta serta membangunkan modal insan dan yang berkemahiran tinggi ini termasuk memperkasa usaha para mikro kecil dan sederhana menggalakkan pelaburan orang asing dan memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti.
Oleh yang demikian, Yang Berhormat menyarankan kita harus peka dalam usaha serta membangun pembangunan ekonomi, pendekatan Whole of Nation atau senegara adalah sangat relevan kerana setiap pihak saling bergantung dalam menjalankan mana-mana usaha termasuk memperkasa industri yang sedia ada atau menerokai produk industri yang baharu.
Bahkan, pihak kerajaan dan swasta tegas Yang Berhormat, harusnya bekerjasama dan berganding bahu dalam merancang apa jua pembaharuan atau usaha untuk membanteras energi dalam bagi tujuan meningkatkan bagi pertumbuhan dan pembangunan negara dengan adanya dialog yang kerap di antara pihak kerajaan dan swasta daripada sebarang permasalahan atau cabaran insyaaAllah akan dapat diatasi.
Manakala perkara ketiga yang diketengahkan, adalah mengenai seruan baginda agar seluruh pihak kerajaan untuk terus melakukan transformasi dalam meningkatkan produktiviti senegara merentasi sektor-sektor seperti pertanian, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, pelancongan, keselamatan dan perkhidmatan awam serta menerokai industri-industri baharu dengan mengambil peluang kepada pusat teknologi ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat menggariskan, titah baginda berkenaan telah menekankan peranan penting sektor awam di negara ini dalam menyokong pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat apa yang pasti ia hanya terhad kepada pentadbiran dan pengurusan sahaja malah mencukupi pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat memastikan keharmonian sosial dan menggalakkan pembangunan ekonomi secara berterusan.
Titah baginda itu, juga jelas Yang Berhormat, mengingatkan bahawa dalam dunia yang sentiasa pantas berubah ini cabaran baharu sentiasa muncul memerlukan perubahan dan pembaharuan yang relevan. Oleh itu, transformasi dalam sektor awam kata Yang Berhormat sangatlah penting bagi memastikan ia terus relevan dan efisien dalam memenuhi keperluan rakyat serta mencapai matlamat agenda pembangunan negara.
Yang Berhormat sangat menjunjung tinggi kurnia titah baginda berkenaan yang jelas mengandungi wawasan dan misi yang jauh memberikan pandangan yang mendalam dalam mengenai masa depan khasnya memastikan kehidupan khasnya sektor awam di negara ini.
“Dengan pandangan luas lagi menyeluruh baginda mengajak kita untuk memperkukuhkan kecekapan membudayakan kreativiti dan mempertingkatkan kerjasama antara semua sektor dalam memastikan sektor awam terus relevan dan efisien dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
“Titah baginda merupakan nasihat bernilai tinggi memberi peringatan akan pentingnya kita bergerak maju dengan penuh kesedaran sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih berkesan,” ucap Yang Berhormat lagi.
Dari itu, Yang Berhormat menekankan apa yang utama wawasan visi dan nasihat yang dititahkan baginda semestinya dijadikan pegangan bersama agar kita dapat melangkah lebih jauh merancang tindakan lebih strategik dan mencapai kemajuan yang lebih cemerlang bagi negara kita tercinta Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu, Yang Berhormat mengajak semua ahli yang dilantik untuk bersama-sama berbincang secara terbuka dan syura’ dengan mengutarakan pandangan serta pendapat isu-isu penting negara termasuk isu-isu global baharu sesuai dengan konteks tempatan.
Ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengharapkan persidangan majlis ini akan menjadi medan untuk berunding dengan berintegriti, berfikiran secara kreatif dan bertindak strategik, memberikan pandangan dan cadangan bernas berasaskan kepada fakta dan data-data yang relevan serta berpandukan pada amalan-amalan yang terbaik untuk memajukan negara bumi bertuah, tanah tumpah darah yang kita sama-sama kita cintai ini.
(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




