10.03.25 Penubuhan jawatankuasa khas pengambilan doktor

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Mac. – Dengan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang mana pengambilan doktor-doktor tempatan kini tidak lagi perlu menunggu lama.

“Biasanya akan menunggu setahun dua, dua tahun baru ada ‘confirm’. Ini insyaaAllah dalam beberapa bulan sahaja daripada gaji hari ke gaji bulan akan dicepatkan dan seterusnya, setiap pakar pasti mahu untuk memperluaskan pengalaman dan kemahiran.

“Jadi dengan adanya latihan dalam perkhidmatan jua di mana pakar-pakar pun boleh mengambil ‘example’ kemahiran yang mendalam or ‘subspecialty’ di tempat-tempat yang tertentu,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini, berkaitan dengan pertanyaan yang diajukan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai insentif-insentif yang diberikan kepada warga tempatan untuk terus bekerja di negara ini dan tidak mencari pekerjaan di luar negara.

Ini pun terdapat di skim perkhidmatan di dalam kerajaan dan seterusnya untuk memastikan keseimbangan waktu bekerja selain memastikan mereka ini tidak terlalu ‘burned out supposed to brain drain’.

Jadi untuk memastikan keseimbangan doktor ataupun situasi di sesuatu kepakaran itu tidak terlalu berat, Yang Berhormat menjelaskan walaupun tidak semua kita dapat menyebut tapi Kementerian Kesihatan bekerja ke arah itu. Misalan untuk kepakaran pediatrik sebagai contoh, Bahagian Kanak-kanak ‘kitani’ ada tiga orang pakar sahaja. Jadi ini amat sukar untuk seluruh negara.

“Jadi bukannya Kementerian Kesihatan ‘inda’ mahu mengambil. Alhamdulillah, ‘kitani’ ada jawatan tapi untuk mencari doktor untuk bekerja pekerja asing pun ada kepayahan, kalau adapun ia menahan di Brunei setahun dua lepas itu ia melompat ke negeri lain. ‘So, the brain drain’ bukan saja bagi untuk pakar tempatan juga pakar dari negara asing,” jelas Yang Berhormat lagi.

Oleh yang demikian, dalam memastikan keselamatan dan ‘in work place’, Yang Berhormat seterusnya berkata, Kementerian Kesihatan juga menyediakan mesin-mesin yang ‘up-to-date’ untuk memastikan doktor tempatan masih berghairah untuk meningkatkan kemahirannya dan ini merupakan sebahagian daripada faktor-faktor Kementerian Kesihatan ambil untuk memastikan pakar tempatan masih mahu bekerja di sini bukan hanya sekadar untuk mengambil bekerja. Jadi kita harus memastikan bahawa persekitaran sentiasa kondusif untuk mereka bekerja, belajar dan mengajar generasi muda yang lain.

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI