18.03.25 Mempromosi mercu tanda pelancongan NBD melalui media, filem

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. – Menyentuh mengenai dengan media dan filem yang mempunyai potensi yang besar untuk digunakan sebagai alat bagi mempromosikan mercu tanda pelancongan di Negara Brunei Darussalam (NBD) jelas Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 Perbekalan 2025/2026 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

Menurut Yang Berhormat Menteri, walaupun masih berada di peringkat awal, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik banyak penggambaran di negara ini bagi menggambarkan keunikan dan keindahan negara ini.

“Kementerian mengambil maklum mengenai beberapa produksi antarabangsa telah memilih NBD sebagai lokasi pengambaran dan termasuk Law of The Jungle pada 2015. Battle Trip, 2017. Asadal Chronicles 2018 dan Top Gear, 2018.

“Penggambaran ini memberi impak positif seperti peningkatan pelancongan dari Republik Korea yang telah meningkat 53 peratus daripada tahun 2015 hingga 2019 dengan disokong oleh penerbangan terus Brunei-Korea,” Jelas Yang Berhormat.

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah bekerjasama rapat dengan TV Indosiar bagi memaparkan pengalaman Ramadan sebagai Islamic Tourism untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong dari Indonesia untuk menghayati bulan Ramadan di negara ini.

“Dengan Indosiar ani, mereka telah mempublish dan menerbitkan series Ramadan di NBD.

“Alhamdulillah, jadi ini memang satu strategi yang akan diambil. Pihak KSSUP melalui Jabatan Pelancongan dengan kerjasama dengan pihak penerbangan dan juga agensi-agensi pelancongan dan perhotelan akan sentiasa berusaha untuk menarik lebih-lebih lagi program-program television (TV) ataupun penggambaran – penggambaran filem berdatang ke NBD untuk memastikan bahawa negara ani menjadi satu destinasi ‘indirectly’ daripada penerbitan filem atau, apa namanya, rencana-rencana TV atu tersebut,” ujar Yang Berhormat.

Selain daripada bekerjasama dengan pempengaruh (influencer) gaya hidup jelas Yang Berhormat, kementerian juga melibatkan saintis biodiversiti dan pencipta kandungan khusus dalam pemeliharaan alam.

Tourist alam semulajadi ataupun ekopelancongan terang Yang Berhormat, untuk menarik ekopelancongan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, pihak kementerian telah pun membuat inisiatif-inisiatif seperti berikut, termasuk Scientific Exhibition di hutan Batu Apoi, Temburong bertemakan ‘Exploring Brunei Darussalam’s Biodiversity dan Brunei Darussalam Conference on Biodiversity’ sempena Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE 2024) anjuran perhutanan dan pihak Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang menarik penyertaan penyelidik-penyelidik antarabangsa daripada, seperti daripada Republik Singapura.

Selain itu ujar Yang Berhormat, Taxon Expedition yang berpangkalan di Netherlands adalah sebuah organisasi yang khusus dalam eksplorasi biodiversiti dan penyelidikan alam sekitar yang berpusat di Netherlands secara berterusan dan bekerjasama dengan UBD dalam menganjurkan rainforest expedition setiap tahun di Taman Ulu Temburong.

“Negara ini juga telah mencalonkan beberapa taman-taman rekreasi untuk disenaraikan sebagai Queen’s Commonwealth Canopy yang mengiktiraf komitmen terhadap pemeliharaan hutan hijau, hujan negara ini.

“Tropical Biodiversity Research Experience anjuran UBD pada Julai ini akan memberi peluang pada penyelidik antarabangsa untuk meneroka khazanah biodiversiti Brunei,” ujar Yang Berhormat lagi.

Sebagai usaha lanjutan tahun ini, pihak kementerian akan menganjurkan Forest to Reef Expedition, sempena MYCE 2025 dengan menjemput penyelidik dan content creator dari YouTube untuk menyertai eksplorasi ini.

Selain itu jelas Yang Berhormat, tokoh-tokoh terkenal, iaitu specialist pemerhati burung dan pemeliharaan alam sekitar seperti Dominic Couzens, seorang penyumbang artikel Bird Watching dan BBC wildlife. Jack Baddams, Neil Glen and Elle Kaye, dari United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk mempromosi dan memperkukuhkan kedudukan NBD sebagai destinasi utama di rantau ini dari segi ekopelancongan dan kajian biodiversiti.​

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI