BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. – Pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 Perbekalan 2025/2026 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyambut baik soalan-soalan yang telah disenaraikan oleh Yang Di-Pertua MMN.
Antaranya berkaitan mengenai dengan dasar Local Business Development, dasar ini telah dilaksanakan di dalam beberapa aspek tidak menyeluruh ataupun kesemua sekali seperti yang diharapkan disebabkan oleh cabaran – cabaran dan kekangan-kekangan yang ada yang telah dibangkitkan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
“Di antara beberapa inisiatif dalam meningkatkan penglibatan syarikat dan tenaga kerja tempatan dalam sektor pembinaan ani ialah pertama, di dalam clause contract-contract yang diberikan kepada pembina-pembina yang berjaya.
“Di dalam contract-contract yang diurus oleh ahli-ahli Kementerian Pembangunan ialah clause ataupun syarat Local Business Development ani menjadi syarat dalam document tender bagi memastikan kontraktor memberikan keutamaan dan compliance kepada satu perniagaan-perniagaan, peniaga-peniaga dan juga pekerja-pekerja tempatan di dalam pembelian-pembelian bahan-bahan yang dapat diperolehi daripada peniaga – peniaga ataupun pengeluar-pengeluar tempatan,” jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Selain itu kata Yang Berhormat, kontraktor dalam Development Program ini diadakan satu latihan yang dipanggil Contractor Development Program yang diadakan dua kali setahun di bawah pengurusan Bahagian Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dalam memberi latihan kepada pemilik syarikat tempatan dalam pengurusan syarikat keusahawanan, dalam kewangan dan pengetahuan pembinaan.
Menurut Yang Berhormat lagi, usaha ini adalah untuk mendorong pengusaha-pengusaha tempatan dan memberikan peluang untuk mengatasi cabaran-cabaran pengurusan yang dihadapi di dalam mengurus syarikat-syarikat pembinaan ataupun syarikat-syarikat pembekal bahan-bahan pembinaan.
Yang Berhormat seterusnya berkata pada tahun 2024 Anugerah Cemerlang Industri Pembinaan telah diperkenalkan bagi menggalakkan prestasi industri tempatan khusus bagi syarikat tempatan kelas satu dan dua.
“Ini adalah untuk mendorong penglibatan tinggi pengusaha-pengusaha tempatan di dalam kelas satu dan dua ani dan jua seterusnya untuk merancang dan mengenal pasti apa-apa tindakan ataupun bantuan yang dapat diberikan kepada kategori pengusaha di dalam kelas satu dan dua ini.
“Kementerian Pembangunan juga menubuhkan Construction Personnel Taskforce pada bulan Oktober 2023 iaitu untuk memperkukuhkan lagi localization tenaga kerja. Taskforce ini mengenal pasti jawatan teknikal yang perlu diutamakan kepada rakyat tempatan seperti Construction Supervisor, Construction Foreman dan Construction Tradesman serta bekerjasama dengan institusi latihan contohnya Pusat Pembangunan Belia, Life Long Learning dan juga Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi menyediakan Program Peningkatan Kemahiran dan Pensijilan bagi anak-anak tempatan,” ujar Yang Berhormat lagi.
Program seperti ini jelas Yang Berhormat, adalah di antara program-program perintis Health Safety Environment yang juga diusahakan untuk dapat membantu memperkukuhkan kebolehpasaran belia tempatan di dalam industri pembinaan dan juga untuk dikerahkan kepada pembida-pembida yang berjaya mendapat kontrak akan diberikan syarat untuk mengambil anak-anak tempatan yang menepati kelayakan untuk diambil bekerja di dalam pembinaan dan tender-tender yang dimaksudkan ini.
(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




