BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. – Usaha bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) terutamanya di kawasan kaunter pendaftaran turut dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada perbahasan hari ketujuh Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi oleh yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.
Menjelaskan kepada isu berkenaan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata, mengurangkan kesesakan sekarang di pendaftaran di Hospital RIPAS memang bukan satu perkara yang baharu dan Kementerian Kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatannya sentiasa me’review’ dan mengemas kini di mana antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan adalah menggunakan aplikasi BruHealth bagi membuat janji temu dan juga membuat pembayaran pendaftaran.
Selain daripada itu ujar Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan juga di dalam pelan induk Hospital RIPAS serta ‘review’ ada membuat perancangan bagi pengubahsuaian ‘layout’ Bahagian Pendaftaran Farmasi Pesakit, Jabatan Kecemasan serta klinik pakar yang tertentu bagi memastikan proses ataupun pengalaman pesakit sentiasa selesa dan aktif, efektif.
“Jadi untuk menambah dari segi BruHealth ani, Yang Berhormat Pengerusi, di sana boleh membuat tempahan janji temu dan membuat pembayaran seperti saya nyatakan. Jadi di sana bila membuat ‘time’ untuk membuat perjanjian ‘atu’ pukul 9, ‘so’ orang ‘atu inda’ payah datang pukul 7, jadi ia datang mungkin setengah jam sebelum perjanjian dan bila ia mengesan dengan QR Codenya ia akan memberitahu berapa lama lagi akan menunggu.
“Jadi diharap orang ramai menggunakan sistem ini. Jadi tidaklah perlu beramai-ramai menunggu awal kerana kalau perjanjian pukul 10 jangan datang semua pukul 7. ‘So’ inilah di antara sebab keadaan sesak kadang-kadang dan diharap dengan QMS sistem ani yang di mana bukan saja di hospital, ia diadakan di klinik-klinik kesihatan yang lain jua. Diharap ia akan memudah cara dan mengurangkan kekurangselesaan orang ramailah terutama sekali dalam masa menunggu. Ini adalah salah satu inisiatif yang dijalankan baru ini di pusat-pusat kesihatan,” terang Yang Berhormat.
Sementara itu, menyentuh mengenai keberkesanan Program Saringan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit (NCD), pula, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan menunjukkan peningkatan dalam program saringan kesihatan (screening uptake), terutamanya bagi saringan kanser serviks (cervical screening).
“Ia telah meningkat dengan drastik dan ia juga telah mengesan lebih banyak tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan penyakit lebih teruk lagi. Selain itu ‘retinopathy screening’ jua, yang saya kaola sebutkan sebelum ini berbanding dengan dulu, dalam masa dua tahun saja, ‘almost’ 2,600 orang disaring. ‘Ani’ mengenal pasti 10 peratus daripadanya tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan kebutaan kepada penglihatan.
“Dengan saringan awal ‘ani’ boleh mencegah seseorang itu daripada penyakit buta. Begitu jua dengan ‘breast cancer’, dengan ‘ease of access to screening’ melalui BruHealth, pemeriksaan saringan ‘breast cancer’ pun ‘improves’ sebanyak 75 peratus dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya. Begitu jua dengan kardiovascular dan dengan ‘colorectal’.
“Jadi saringan menunjukkan keberkesanannya walaupun baru beberapa tahun telah terbukti di mana saringan awal ini telah menunjukkan ‘early’ diagnosis dan insyaaAllah, tunjuk arah di mana nisbah kematian disebabkan NCD ini akan menurun,” terang Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, jelas Yang Berhormat, nisbah berkenaan akan mengambil masa anggaran 10 ke 15 tahun untuk nampak kesannya.
“So, now’ dengan ada ‘guideline’ yang lebih komprehensif dan ‘access to the guideline is easier’ melalui BruHealth, ‘all the’ NCDs seperti yang kaola terangkan tadi terutama kanser apa ni akan menunjukkan kesannya dalam, insyaaAllah 10 tahun akan datang penurunan, kalau ‘inda’ lebih awal,” jelas Yang Berhormat.
(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)


