BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Mac. – Tiga fokus utama SPN21 iaitu ‘Future Work’, Kemahiran Abad Ke-21 dan Transformasi Digital menjadi asas kepada sistem pendidikan holistik dan inklusif bagi melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran.
Dalam hal ini, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh berkata, Pendidikan Khas dilaksanakan berlandaskan Prinsip 5A dengan inisiatif seperti Model Inclusive School (MIS), Centre for Excellence (CoE), dan Program Pra Vokasional dengan Individualised Education Plan (IEP).
Pada hari ketiga Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat dalam kenyataannya menjelaskan guru bagi pelajar berkeperluan khas dilatih melalui Program Special Educational Needs Support Educator (SENSE), manakala pelajar turut didedahkan kepada kokurikulum, keusahawanan dan Program Sahsiah Pelajar (PSP) selaras nilai Melayu Islam Beraja (MIB).
Kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama turut memperkukuh pengajaran agama dan Al-Quran dengan peningkatan purata 20 peratus pelajar fasih membaca Al-Quran sejak pelaksanaan di peringkat menengah atas pada tahun 2020.
(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)


