12.03.25 Memperkenalkan insentif, skim untuk rangsangan industri

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Mac. – Pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, beberapa Ahli MMN turut membangkitkan beberapa soalan.

Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat Zon 1, juga mengutarakan beberapa soalan, antaranya apakah sistem konvensional masih digunakan dan apakah perancangan ke arah penambahbaikan sistem dalam talian dan mengambil kira aspek mesra pengguna serta apakah baki tunggakan kutipan hasil yang dimaksudkan ini dan kenapa anggaran bagi tahun 2024/2025 menurun kepada tiga peratus.

Manakala, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pula berpendapat pihak lembaga perlu memperkenalkan KPI-KPI yang mencerminkan untuk mencapai objektif utama lembaga ini seperti contoh KPI berkaitan kenaikan ekonomi, interaksi sosial, kepelbagaian budaya dan sebagainya. Menurutnya, Inilah di antara-antara contoh yang boleh memberikan penilaian yang tepat terhadap program-program yang dilaksanakan. Ini juga perlu diserapkan ke setiap daerah bagi memastikan keseragaman keberkesanan program.

Yang Berhormat juga memohon pencerahan sama ada data-data begitu telah dikongsikan kepada agensi-agensi kerajaan untuk menggantikan Pelan Tindakan Kebangsaan untuk mengantikan tenaga tempatan dengan ‘succession planning’ menyediakan anak-anak tempatan dengan kemahiran yang perlu dan adakah usaha kementerian untuk memperkenalkan insentif atau disinsentif dalam skim untuk memberi rangsangan kepada industri-industri yang ada pas kerja untuk menyumbang dana bagi membina kemahiran untuk pekerja anak-anak tempatan.

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI