Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin





mmn_goh

Yang Berhormat
Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka
Goh King Chin


Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dilahirkan pada 1 Januari 1943 di Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat pernah menuntut di Maktab Omar ‘Ali Saifuddien dan pada masa ini memegang jawatan Pengarah Urusan GHK Group of Companies yang termasuk GHK Motors Sdn Bhd., GHK Auto Assembly Sdn. Bhd. Dan MBA Insurance Co. Sdn. Bhd. Yang Berhormat juga pernah memegang jawatan di jabatan kerajaan iaitu sebagai Pegawai Kastam selama 6 tahun, dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Brunei Times Sdn. Bhd. Yang Berhormat juga merupakan Penasihat kepada Brunei Chinese Chamber of Commerce, Chung Hwa Middle School di Bandar Seri Begawan dan Daerah Tutong dan Persatuan Hokkien.

Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 6 September 2004 sehingga 15 Mac 2011 dan dilantik semula pada I jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan) dan di sepanjang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat telah beberapa kali mengikuti Persidangan AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) dan Asia Pacific Parliamentary Forum (APPF) yang diadakan di luar negara.