Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Fungsi Utama:1. Mengendalikan Hal Ehwal Pentadbiran Am dan Pengurusan Kewangan yang lebih efektif dan kemaskini.
Tugas Dan Tanggungjawab:
1. Membantu Jurutulis dan Timbalan Jurutulis dalam menyediakan pelan strategik jabatan, pengurusan prestasi dan juga bertanggungjawab dalam penyediaan pelbagai projek jabatan untuk mempertingkatkan perlaksanaan perkhidmatan; 2. Sebagai pengendali dalam penggunaan Sistem GEMS dan TAFIS; 3. Menyediakan permohonan Bajet Jabatan; 4. Membuat permohonan peruntukan rampaian bagi kegunaan lawatan-lawatan sama ada dari dalam atau luar negara; 5. Mengendalikan persuratan, baucer-baucer serta kertas-kertas Majlis Mesyuarat; 6. Menguruskan segala elaun-elaun Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pegawai-Pegawai seperti Elaun Sara Hidup, tiket penerbangan dan lain-lain; 7. Mengendalikan kutipan bulanan Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan derma-derma dari Kementerian/Jabatan lain; 8. Mengemaskini senarai perjawatan pegawai dan kakitangan.
Carta Organisasi:
 |
false,false,1