1. Membantu Jurutulis dan Timbalan Jurutulis dalam menyediakan pelan strategik jabatan, pengurusan prestasi dan juga bertanggungjawab dalam penyediaan pelbagai projek jabatan untuk mempertingkatkan perlaksanaan perkhidmatan;
2. Sebagai pengendali dalam penggunaan Sistem GEMS dan TAFIS;
3. Menyediakan permohonan Bajet Jabatan;
4. Membuat permohonan peruntukan rampaian bagi kegunaan lawatan-lawatan sama ada dari dalam atau luar negara;
5. Mengendalikan persuratan, baucer-baucer serta kertas-kertas Majlis Mesyuarat;
6. Menguruskan segala elaun-elaun Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pegawai-Pegawai seperti Elaun Sara Hidup, tiket penerbangan dan lain-lain;
7. Mengendalikan kutipan bulanan Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan derma-derma dari Kementerian/Jabatan lain;
8. Mengemaskini senarai perjawatan pegawai dan kakitangan.