29.08.26 Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam Bagi Tahun 1448H / 2026M

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Ogos 2026 – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam Bagi Tahun 1448H / 2026M.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara. Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Ceramah bersempena tema “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam Suluh Aqidah” telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fikri bin Haji Sharbini, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran, yang antara lain menyentuh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai contoh teladan dalam aqidah, akhlak dan kepimpinan ke arah memperoleh keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Majlis turut diserikan dengan Dikir Syarafil Anam oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

BERITA TERKINI