KEAHLIAN ANTARABANGSA

Dalam usaha memperkukuhkan kerjasama dan hubungan antarabangsa, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) memainkan peranan aktif melalui penyertaan dalam pelbagai organisasi dan forum antara-parlimen di peringkat serantau dan global.

MMN merupakan ahli penuh ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) sejak tahun 2009, ahli Asia Pacific Parliamentary Forum (APPF) sejak tahun 2021, serta ahli Inter-Parliamentary Union (IPU) sejak tahun 2025.

Selain itu, MMN juga berperanan sebagai pemerhati dalam Commonwealth Parliamentary Association (CPA) dan terus menghadiri persidangan serta mesyuarat antarabangsa yang lain bagi menyokong agenda kerjasama antara-parlimen dan memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa.