Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.03.24 Usaha ke arah menambah baik sistem maklumat, perkhidmatan kerajaan

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mac. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mencadangkan agar disediakan Peruntukan Khas di bawah kapasiti Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli MMN yang boleh digunakan bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti tertentu yang memerlukan perhatian dan bantuan seperti membaik pulih bumbung rumah disebabkan bencana alam, membina jambatan sementara atau membaiki infrastruktur awam seperti jalan raya yang menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, membiayai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama sekali misi-misi bantuan dan sebagainya.

 

Menyentuh mengenai soal kemajuan dan pembangunan Pusat Bandar, Yang Berhormat berpandangan sudah tiba masanya Kuala Belait diiktirafkan sebagai Pusat Bandar kedua selepas Bandar Seri Begawan memandangkan Kuala Belait merupakan kawasan industri minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi negara.

 

Pengiktirafan sebagai bandar kedua ini jelas Yang Berhormat, mampu memacukan lagi sektor perekonomian industri dan membuka peluang-peluang perniagaan kepada pelabur.

 

Selain itu, Kuala Belait juga berpotensi dari segi geografi kerana berdekatan dengan pintu masuk negara jiran di samping mempunyai penduduk yang berbilang bangsa serta kehadiran pekerja-pekerja asing di dalam industri minyak dan mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan yang ekonomi yang lebih baik.

 

Yang Berhormat menyuarakan perkara itu semasa menyampaikan ucapan penangguhannya pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Sementara itu, menyentuh mengenai Slogan Tekad Pemedulian Orang Ramai atau dikenali dengan TPOR adalah merupakan visi dan misi pihak agensi kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan yang efisien kepada orang ramai mengikut tempoh yang ditetapkan. Namun pada itu, sejauh manakah TPOR ini dapat dilaksanakan kerana masih sahaja ada proses-proses permohonan yang masih perlahan.

 

Yang Berhormat seterusnya berharap, dengan adanya usaha-usaha ke arah menambah baik sistem maklumat dan perkhidmatan di setiap agensi kerajaan ia diharapkan mampu 'membisaikan' lagi sebarang kekurangan yang ada melalui RKN-12 sebanyak BND10,936,558.00 telah disediakan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan awam yang mana dengan peruntukan ini kapasiti perkhidmatan awam dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.


(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

23.03.24 Usaha ke arah menambah baik sistem maklumat, perkhidmatan kerajaan