Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Cokmar

Cokmar

Cokmar 2015.jpg 

Cokmar merupakan lambang kekuasaan Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang. Ianya diperbuat daripada logam perak yang diukir dengan bentuk Air Muleh, Bunga Paku-Paku, Pucuk Daun Nenas, Daun Setampik, Tampok Manggis, Buah Butun, Daun Selembar, Rawa-Rawa dan Panji-Panji Brunei yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja dan diillhamkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni  Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II, Sultan Brunei yang ke-28.  Cokmar ini berukuran 1.8 meter panjang dan berat 12 kilogram.  

Ketika Perasmian Permesyuaratan dijalankan, Cokmar diangkat dan dibawa mendahului masuk ke dalam Dewan Mesyuarat, dibawa oleh Bentara dan diikuti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diiringi oleh Yang Di-Pertua Dewan dan Jurutulis. Dalam setiap sesi permesyuaratan ataupun persidangan, Cokmar akan diletakkan di tempat khas berhadapan dengan tempat duduk Jurutulis dan apabila permesyuaratan ditangguhkan, Cokmar akan dibawa keluar dari Dewan dan diiringi  juga  oleh  Yang Di-Pertua Dewan dan Jurutulis.