Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.03.24 Isu berbangkit perlu tindakan sewajarnya

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mac. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin melahirkan harapan agar isu-isu yang ditimbulkan atau saranan yang diberikan akan diambil perhatian dan tindakan dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan dengan adanya perhatian dan tindakan terhadap isu-isu tersebut serta turun padang. Ia akan lebih memacu ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Segala perbincangan dan saranan di dalam permesyuaratan ini, masyarakat di luar sana sentiasa menilai dan menantikan penyelesaian. Segala isu-isu yang dibangkitkan terutama isu-isu yang perlu diambil tindakan segera seperti masalah jalan raya, air, elektrik, masalah isu proses permohonan yang memakan masa yang lama dan lain-lain lagi yang perlu diperhatikan dan dikaji demi kebaikan semua pihak.

 

Yang Berhormat berucap demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat turut menyentuh mengenai isu pengangguran yang masih belum dikurangkan ke tahap yang lebih baik.

 

Selaku pemimpin akar umbi tegas beliau, akan terus berusaha dan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam menangani apa juga kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat khususnya masyarakat kampung di bawah tadahan kaola.

 

Terdahulu, Yang Berhormat turut menyambut baik peruntukan Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 yang telah diluluskan dan berharap dengan kelulusan belanjawan yang diluluskan ini maka pihak kementerian akan lebih bijaksana serta amanah dalam melaksanakan perancangan demi kemaslahatan rakyat di Negara Brunei Darussalam ini.

 

Yang Berhormat Awang Amran juga menyokong dan menyambut baik atas usaha-usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat melalui kementerian-kementerian dengan peruntukan yang diberikan.

 

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kita dapat menikmati hidup dengan aman dan makmur serta negara akan terus membangun berkat dan daulat kepimpinan kebijaksanaan, kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

23.03.24  Isu berbangkit perlu tindakan sewajarnya