Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.03.24 Kerjasama sepadu perlu untuk tangani isu semasa

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mac. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat semasa menyampaikan ucapan penangguhannya pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis merakamkan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kebijaksanaan dan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua sepanjang permesyuaratan di dewan yang mulia ini.

 

Yang Berhormat Awang Lawi seterusnya berkata, pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government Approach amat penting bagi menangani isu-isu yang memerlukan koordinasi dan melibatkan kerjasama yang rapat antara satu kementerian dan yang lain.

 

Yang Berhormat selaku pemimpin akar umbi juga turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atas kepimpinan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas usaha-usaha mengadakan pendekatan dan permuzakarahan bersama kementerian yang berkepentingan untuk menyelesaikan masalah di peringkat daerah dan negara. 

 

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)​

23.03.24 Kerjasama sepadu perlu untuk tangani isu semasa