27.04.26 Mesyuarat Koordinasi Ke-5 Komiti Women Parliamentarians of AIPA (WAIPA)

Isnin, 27 April 2026, Bangunan Dewan Majlis – Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Komiti Parlimen Wanita AIPA ke-5 atau 5th Coordinating Committee Meeting of Women Parliamentarians of AIPA (WAIPA) secara dalam talian pada 27 April 2026.

Mesyuarat yang bertemakan Advancing Gender-Transformative Parliaments Towards a Future-Ready and Inclusive ASEAN Community dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Rakyat Republik Filipina (House of Representatives of the Republic of the Philippines) dengan objektif bagi menyokong Mesyuarat Komiti WAIPA sewaktu Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-47 di Manila nanti.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin dalam kenyataannya telah menekankan bahawa selaras dengan Wawasan Brunei 2035, pembangunan inklusif, kesejahteraan sosial dan pembangunan modal insan kekal sebagai teras utama agenda Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat juga telah menggariskan beberapa bidang berkeutamaan termasuk bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan responsif, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa dan juga bagi memperkukuh kepimpinan dan penyertaan wanita melalui pendidikan, pembangunan kapasiti dan sokongan berterusan dalam semua peringkat kepimpinan.

Manakala itu, Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah mengongsikan pencapaian-pencapaian Negara Brunei Darussalam berkaitan pelaksanaan Rangka Kerja Penyertaan Politik Dan Kepimpinan Wanita WAIPA 2024-2030 (Implementation Framework of The WAIPA Women’s Political Participation and Leadership 2024-2030) yang telah diluluskan pada Oktober 2024, antaranya pengendalian dialog parlimen kebangsaan “National Parliamentary Dialogue on Promoting Women’s Political Participation and Leadership (WPPL)” pada 18hb Jun 2025 yang lalu. Seterusnya, Yang Berhormat telah menekankan pendekatan tersusun dalam memperkukuh penyertaan dan kepimpinan wanita melalui penglibatan aktif bersama masyarakat di samping memperkasa pembangunan kapasiti yang berterusan yang mencerminkan komitmen berterusan ke arah meningkatkan penyertaan wanita secara inklusif dan mampan dalam kepimpinan.

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga telah berkesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik semasa berlangsungnya sesi-sesi dialog bertajuk “Catalyst for Change: How Women Drive Parliamentary Transformation” dan “Accelerating Women’s Economic Leadership Through Gender-Responsive Mirco, Small and Medium Enterprise Policies pada mana ahli-ahli panel daripada perwakilan pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Wanita Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Women) dan pertubuhan nasional dari Republik Filipina termasuk Philippine Commission on Women dan The Institute of Social Entrepreneurship in Asia (ISEA).

BERITA TERKINI