23 April 2026, London, United Kingdom – Delegasi Urusetia MMN diketuai oleh YM Datin Dr. Jurutulis telah mengadakan Mesyuarat Teknikal Bersama dengan Commons Office, UK Parliament , pada 21 hingga 23 April 2026 di London, United Kingdom.
Sepanjang lawatan ini, Urusetia MMN berpeluang mengadakan beberapa sesi Mesyuarat antaranya bersama Tuan Yang Terutama Tom Goldsmith, Clerk of Commons serta Pegawai dan Pejabat-Pejabat utama iaitu bersama Clerk of Bills, Interparliamentary Relations Office, Journal Office dan Public Administration and Constitutional Affairs Committee. Delegasi juga berkesempatan menyaksikan Prime Minister’s Question Time dan melawat ke House of Commons dan House of Lords.
Urusetia MMN juga mengadakan perjumpaan berasingan bersama International Centre for Parliamentary Studies (ICPS) dan Commonwealth Parliamentary Association (CPA).




