20.03.26 Bandar Seria diberi pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. – Alhamdulillah, Bandar Seria diberikan pengiktirafan. The rules is kitani mesti memenuhi kriteria untuk menjadi bandar yang diiktiraf which is ASEAN Clean Tourist City.

Kriterianya banyak tapi yang ditekankan di sini bukan sahaja untuk Daerah Belait sahaja. Daerah Belait dianugerahkan sebagai ASEAN Clean Tourist City dan ia melibatkan Whole of Government sebagai contoh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

Banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Daerah dari segi daerahnya, bandaran dari segi cleanlinessnya termasuk juga tandas-tandas juga diaudit oleh ASEAN Clean Tourist City.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan perkara berkenaan bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai amalan terbaik di KB yang membolehkan pencapaian penggredan empat bintang, dan sejauh mana pengalaman tersebut boleh dijadikan model bagi daerah lain untuk memastikan piawaian kebersihan yang konsisten dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI