11.11.24 Lebih 100 warga emas rai IDOP

​​​​BELAIT, 11 NOV – Lebih 160 warga emas dari seluruh kawasan pedalaman Daerah Belait meraikan Hari Warga Emas Antarabangsa (IDOP) tahunan yang diadakan kelmarin di kawasan sekitar Taman Rekreasi Kampung Sungai Mau.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

Kehadiran beliau bersama warga emas dan tetamu lainnya telah dialu-alukan oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman yang juga Penghulu Mukim Bukit Sawat; dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah selaku Ketua Kampung Bukit Sawat.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh menekankan tentang pemerkasaan warga emas yang merupakan keutamaan bagi kelestarian masa depan negara. “Apa yang pasti warga emas berhak menikmati hak sama rata tanpa mengira latar belakang, melalui sokongan dari segi penjagaan kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi.

Sambutan ini adalah salah satu platform yang bertujuan untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada warga emas terutamanya mereka yang tinggal di Mukim Bukit Sawat,” tambahnya.​

(sumber berita & gambar: Media Permata)

BERITA TERKINI