20.11.24 Pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 November. – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang baharu seperti berikut.

Yang Di-Pertua : Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar (Lantikan Rasmi Kerana Jawatan – Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara).

Naib Yang Di-Pertua : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Lantikan Rasmi Kerana Jawatan – Mufti Kerajaan).

Ahli-ahli : Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Áwang Mohd. Yusof.

Setiausaha : Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali selaku Pemangku Grand Chamberlain.

Tarikh lantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja ini berkuat kuasa mulai hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446 bersamaan dengan 21 November 2024.​

(Sumber berita: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI