9.12.25 Yang Di-Pertua MMN menerima Kunjungan Hormat daripada Vice Chairman of the Standing Committee of the National People’s Congress of the People’s Republic of China and the President of Chinese People’s Association for Peace and Disarmament

Selasa, 9 November 2025, Bandar Seri Begawan – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Peng Qinghua, Vice Chairman of the Standing Committee of the National People’s Congress of the People’s Republic of China and the President of Chinese People’s Association for Peace and Disarmament di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Tuan Yang Terutama Peng Qinghua disertai oleh Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ma Hui, Vice Minister of the International Department, Central Committee of the Communist Party of China, serta delegasi-delegasi dari Chinese People’s Association for Peace and Disarmament dan Central Committee of the Communist Party of China.

Juga hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Awang Haji Ibrahim; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam; Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin; dan Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, bersama Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Semasa Kunjungan Hormat tersebut, kedua-dua pihak menekankan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang telah lama terjalin dan pelbagai usaha kerjasama dalam beberapa sektor berkepentingan termasuk ekonomi, pelabuhan. Perjumpaan tersebut juga mengadakan pertukaran pandangan berkenaan usaha sama dalam pembangunan yang mendukung aspirasi China–Brunei Community with a Shared Future. Diakhir perjumpaan tersebut kedua pihak menzahirkan persediaan untuk memperkembangkan jalinan kerjasama yang baik antara Majlis Mesyuarat Negara dan Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China bagi menyumbang kepada kesinambungan kerjasama yang saling menguntungkan antara Brunei Darussalam dan China.

Lawatan ini merupakan kesinambungan usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi badan perundangan serta menyumbang kepada pengukuhan persahabatan serta kerjasama Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China secara menyeluruh.

BERITA TERKINI