3.12.25 Yang Di-Pertua MMN terima Kunjungan Hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia

Bandar Seri Begawan, Rabu, 3 Disember 2025 – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Michael Hoy, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, kedua pihak menekankan hubungan dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Australia yang telah terjalin lama, dan diperkukuhkan lagi melalui Comprehensive Partnership yang menjadi landasan penting dalam kerjasama kedua negara. Perbincangan turut menyentuh kerjasama yang signifikan dalam bidang-bidang utama termasuk pendidikan, ekonomi dan perdagangan serta komitmen Australia dalam memantapkan hubungan dengan negara-negara ASEAN. Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama antara parlimen bagi membuka ruang bagi pertukaran pada masa hadapan.

Turut hadir semasa Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Huraini Binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

BERITA TERKINI