Khamis, 29 Januari 2026, Jakarta, INDONESIA – Mesyuarat First Meeting of the Study Committee on the Transformation of AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) for Enhanced Cooperation on Transnational Crimes, telah diadakan pada 28 Januari 2026 hingga 29 Januari 2026 di Ibu Pejabat ASEAN, Jakarta, Indonesia. Majlis Mesyuarat Negara telah diwakili oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Sesuai dengan objektifnya, mesyuarat tersebut telah membincangkan cadangan transformasi AIPACODD kepada satu mekanisme baharu bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah transnasional yang lebih meluas, iaitu dari aspek keperluan dan nilai strategik serta potensi pensejajaran kepada agenda keselamatan politik ASEAN. Beberapa sesi pembentangan telah diadakan dari perwakilan-perwakilan negara ASEAN, serta pertubuhan jemputan termasuk ASEAN Senior Officials on Drug Matters (ASOD), United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan United Nations Office of Counter Terrorism (UNOCT).
Mesyuarat telah bersetuju untuk mengukuhkan fungsi AIPA dalam menangani isu-isu berkaitan jenayah transnasional yang seterusnya akan dibentangkan semasa Perhimpunan Agung AIPA ke-47 nanti.




