BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Januari. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Johari bin Abdul, berlangsung di Qashr Al-Meezan.
Turut hadir semasa Majlis Mengadap tersebut ialah delegasi Malaysia yang terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin; Ahli Parlimen Malaysia bagi Bangi, Selangor, Yang Berhormat Syahredzan bin Johan; Ahli Parlimen Malaysia bagi Gopeng, Perak, Yang Berhormat Tan Kar Hing, dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Nur Ezira Mahadi selaku Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di NBD.
Juga hadir ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.
(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




