BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. – Usaha Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sebagaimana yang pernah dimaklumkan, salah satu adalah dengan melaksanakan Immigration National Registration System (INRS), yang mana dengan terlaksananya jua National Labour Management System (NLMS) data memang diintegrate sebagai contoh yang membolehkan the moment LPA oleh Jabatan Buruh dengan data diconnect terus kepada JIPK untuk membolehkan visa kerjanya dikeluarkan dan pas kerjanya dan jua pelaksanaan dengan E-Gate.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan perkara berkenaan bagi menjawab pertanyaan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai pendekatan dan inisiatif JIPK bagi menangani peningkatan kesalahan imigresen warga asing agar undang-undang dihormati dan dipatuhi.
Pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Yang Berhormat seterusnya berkata, E-Gate salah satu daripada latest technology yang diguna pakai oleh JIPK menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) facial recognition technology dan jua dari segi data daripada National Registration, pasport sama Kad Pengenalan memang menggunakan biometric system.
“But insyaaAllah, projek ani belum 100 peratus selesai. Once, insyaaAllah perkara ani selesai karang semua yang kaola mention dalam People Hub atu akan disatukan dan digunakan sebagai salah satu mekanisme kitani dalam pengawalan dan data sharing dengan agensi-agensi berkenaan,” ujar Yang Berhormat lagi.
(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




