BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. – Berkenaan dengan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), dengan penglibatan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat juga, setelah berbincang, bermuzakarah dan dari segi Kedai Kampung ditubuhkan dan insyaaAllah, koperasi ini akan dibincangkan secara terperinci sama ada ia benar-benar memberi manfaat kepada perniagaan 1K1P.
Dari segi bantuan kerajaan memang ada geran-geran diberikan kepada pengusaha 1K1P. Jadi dari segi latihan, kitani ada menandatangani dengan Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. Ada beberapa Majlis Perundingan Mukim (MPM), Majlis Perundingan Kampung (MPK) sudah diberikan latihan dan penerangan oleh Ghanim International Corporation Sdn. Bhd.
“Ganya follow-up atu inda ada daripada MPM, MPK. Iatah ni berkenaan dengan Kadai Kampung atu, atu tah menjadi asas kitani sama ada Kadai Kampung yang kitani laksanakan ni adalah berpotensi untuk dikembangkan,” jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa menjawab persoalan daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam; dan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, juga Penghulu Mukim Lumapas, Daerah Brunei dan Muara dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Tambah Yang Berhormat lagi, dari segi pasaran antarabangsa pula yang penting adakah kitani sanggup memenuhi permintaan pasaran antarabangsa. Dari segi akses pasaran pula memang ada. Semasa lawatan tahun lepas ke Republik Rakyat China, akses ke sana memang besar.
“Atu baru satu province. Satu province 13 juta punya population so atu tah. Jadi capacity-wise dari segi supply, menangani ani that’s why dalam kitani Ghanim dengan International ani, ada sudah dibagi tahu.
“Dari segi shared kitchennya, dari segi barang-barangnya, kalau sekiranya 1K1P atu benar-benar kan mahu memproduce in a bigger scale untuk export purposes. InsyaaAllah, perkara ini perlu kitani bincangkan sama-sama dengan pengusaha-pengusaha yang benar-benar mahu untuk menembusi pasaran antarabangsa.
“But Alhamdulillah juga, pasaran domestik pun nampak jua sudah ia punya growthnya,” ujar Yang Berhormat lagi.
(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




