18.03.26 Definisi NEET perlu difahami

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. – Tidak semua individu dalam kategori NEET (Not Employed, Not in Education, Not in Training) dikira sebagai menganggur dalam statistik rasmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, menjelaskan perkara tersebut semasa menjawab persoalan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

“Untuk menjawab soalan, secara definisi ini, bagi ‘not employed’, ‘not in education’ ‘and not in training’, hanya ‘not employed’ diambil kira dalam ‘unemployment’ belia, kalau ‘not in education’, ‘not in training’, maksudnya ‘diorang’ kadang-kadang ‘not in education’, tapi ‘inda’ jua mencari kerja, jadi ‘atu not in education’, ‘not in training’ ‘inda’ diambil kira,” tegas Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Menurut Yang Berhormat, pengiraan pengangguran belia hanya mengambil kira bagi mereka yang benar-benar ‘not employed’ (tidak bekerja) dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun.

Golongan yang sedang tidak mengikuti pendidikan atau latihan tetapi tidak aktif mencari pekerjaan tidak termasuk dalam kategori pengangguran, ujar Yang Berhormat.

“Saya harap ia senang untuk difahami,” tambah Yang Berhormat bagi memastikan penjelasan tersebut dapat difahami dengan jelas oleh semua pihak.

(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI