BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. – Skim yang tersedia biasanya menawarkan dua hektar tanah kepada pertanian Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) cuma profitabilitynya adalah limited dan kalau boleh ditambah lagi.
Ia adalah dasar pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) di mana pada awalnya diberikan tanah untuk berusaha ayam, sayur dan dua hektar di bawah Skim Perintis sehingga ke empat hektar.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam menjawab cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Awang Lau How Teck mengenai dengan Skim menawarkan dua hektar tanah kepada pertanian SME pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
”Jadi mana-mana syarikat yang berminat untuk menambah tanah untuk mengusahakan adalah sangat-sangat dialukan. Di samping atu ada jua seperti telah kaola nyatakan dalam my statement last Saturday bahawa skim penambahan tapak pun ada disediakan selain daripada Skim Perintis, skim penambahan tapak pun disediakan untuk membolehkan syarikat-syarikat menambah kawasan tapak perusahaan mereka dengan senang.
Jadi adalah sangat-sangat dialu-alukan kepada peladang-peladang dan pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan untuk datang ke kementerian ini untuk memohon kalau meminta tambah kawasan yang telah diperuntukkan,” ujar Yang Berhormat.
Cadangan Yang Berhormat Lau How Teck mengenai dengan membangun cold storage, Yang Berhormat menjelaskan pihak kementerian mengakui kepentingan dalam mengawal kualiti pertanian dan melengkapkan supply chain pertanian.
Menurut Yang Berhormat, kementerian ini mengambil baik cadangan dan pandangan mengenai pembangunan yang lebih bersistematik bagi mengurangkan kesan kerugian selepas tuai ke atas dan hasil tanaman peladang.
”Di mana kebanyakannya seperti daripada penelitian waste daripada lepas tuai kalau tidak ada dimanage well akan mencapai sebanyak 20 peratus ke 40 peratus daripada hasil ladang yang diharvest.
Sebagai langkah proaktif, dua inisiatif utama telah dirancang, jangka pendek pihak KSSUP dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) telah pun berunding dengan sebuah syarikat untuk memperkenalkan penggunaan mobile cold storage, unit yang boleh membantu dan memudahkan para pengusaha pertanian terutama sekali SME menguruskan hasil pertanian dengan lebih cekap,” jelas Yang Berhormat.
Yang Berhormat seterusnya menjelaskan dalam jangka panjang, sebuah pusat rantaian bekalan sejuk akan dibangunkan di Kawasan Kemajuan Pertanian Mulaut, merangkumi pengumpulan pengedaran, penyimpanan sejuk dan pemprosesan hasil pertanian melalui tawaran terbuka kepada syarikat yang berkelayakan.
Menurut Yang Berhormat lagi, dengan adanya pusat ini akan dijalankan secara komersial agar dapat membantu para-para peladang terutama SME untuk mengurangkan waste daripada post-harvest tersebut dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti barangan pertanian yang dijual di negara ini dan seterusnya membolehkan mengeksport di luar negeri.
Selain daripada itu ujar Yang Berhormat, kementerian turut menyediakan latihan pengendalian selepas tuai, post-harvest handling di Seksyen Kawalan Kualiti dan Keselamatan Tanaman, Bahagian Industri Tanaman di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, bagi memastikan peladang dapat menguruskan hasil mereka dengan lebih efisien dan mengurangkan kadar kehilangan produk.
”Jabatan Pertanian dan Agrimakanan secara terus -menerus menggalakkan syarikat – syarikat untuk mempunyai kemudahan bilik sejuk. Dengan adanya penyimpanan sejuk juga peladang boleh menghasilkan tanaman secara berterusan dan membolehkan pengurusan stok yang lebih baik dan memastikan bekalan sentiasa tersedia serta mengurangkan kerugian selepas tuai.
”Ini juga memudahkan syarikat – syarikat dalam menguruskan bekalan mengikut keperluan permintaan tanpa menjejaskan kualiti dan nilai pasaran hasil tersebut,” jelas Yang Berhormat lagi.
(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




