JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Ahad, 17 Ogos. – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, telah menghadiri Upacara Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-80 di Istana Merdeka, Jakarta, Republik Indonesia.
Kehadiran Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN adalah atas undangan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Republik Indonesia, Yang Berhormat Dr. (H.C.) Puan Maharani, sebagai program dalam rangka lawatan sempena menghadiri Sidang Bersama (Joint Annual Session) di antara Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) dan Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD RI).
Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir.




