BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Januari. – Rombongan Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Miri, Yang Berhormat Chiew Choon Man bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Yang Berhormat Lee Chean Chung serta pegawai-pegawai dari Sekretariat Parlimen Malaysia, hari ini mengadakan perjumpaan rasmi bersama dengan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Bangunan Dewan Majlis.
MMN diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berserta beberapa orang Ahli MMN.
Pertemuan antara kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu penting yang menjadi keprihatinan bersama, termasuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan antara kedua-dua parlimen, serta usaha untuk membina kerjasama strategik yang memberi impak kepada pelbagai sektor berkepentingan.
Kedua-dua pihak berharap hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Rombongan Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Miri, Yang Berhormat Chiew Choon Man bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Yang Berhormat Lee Chean Chung serta pegawai-pegawai dari Sekretariat Parlimen Malaysia, hari ini mengadakan perjumpaan rasmi bersama dengan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Bangunan Dewan Majlis.
MMN diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berserta beberapa orang Ahli MMN.
Pertemuan antara kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu penting yang menjadi keprihatinan bersama, termasuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan antara kedua-dua parlimen, serta usaha untuk membina kerjasama strategik yang memberi impak kepada pelbagai sektor berkepentingan.
Kedua-dua pihak berharap hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan bersama.
(Sumber berita: Pelita Brunei)




