13.03.25 Bangunan tambahan NICE menempatkan 170 katil ‘isolation’

​BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Mac. – Ketika negara menangani COVID-19, ada sebuah bangunan tambahan iaitu NIC Extension (NICE) menyediakan katil pengasingan sebanyak 30 buah katil dan kini secara keseluruhannya sebanyak 170 katil pengasingan ada di Daerah Tutong.

“Jadi, memang masa ani ‘current’ NIC memang berpakai untuk pesakit-pesakit menghadapi Tuberculosis, ‘tani mewadkan diorang’ di sana tu,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman,Penghulu Mukim Bukit Sawat, pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

“Alhamdulillah, ‘So’ NIC yang ‘original atu’ masih digunakan tapi yang baru ‘atu what we called’ NIC Extension ‘or’ NICE, ‘atu’ yang kosong ah masa ani. Dan masa ‘ani’ dalam pemikiran ialah untuk menjadikan ia sebagai ‘a step down for long-stay patients’ yang di RIPAS termasuk warga emas yang sudah duduk lama di hospital.

“Penyediaan dan kesesuaiannya pun sudah di analisis dengan pakar-pakar dari WHO jua,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Menurut Yang Berhormat, sekiranya perancangan tersebut berhasil, sebahagian besar pesakit-pesakit yang sudah lama di RIPAS akan dipindahkan ke sana dan ini akan memberi akses kepada ‘acute bed’ di hospital RIPAS berikutan kesulitan yang dialami orang ramai ialah menunggu di A&E.

“Alhamdulillah, ‘we have improved a lot tapi ‘once’ ia berjumpa doktor di A&E sudah ‘tau’ apa-apa, menunggu masuk ke wad ‘atu’ yang lama. ‘That takes a while’ kadang-kadang sampai esoknya, sebab ‘acute bed ani limited’, kalau orang ‘inda’ balik, ‘indatah’ ada katil, kan? ‘So’, jadi penambahan or penggunaan NIC Extension akan menambah ‘acute bed’ di hospital, bila ‘tani’ dapat memindahkan pesakit-pesakit yang lama di RIPAS ‘atu’ ke sana, kerana mereka ‘ani’ sebenarnya inda memerlukan rawatan lagi, yang duduk sampai ada yang berbulan or bertahun di RIPAS ‘ani’. InsyaaAllah NIC atu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya,” ujar Yang Berhormat lagi.

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI