BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Mac. – Berhubung dengan dasar perlindungan insurans sepertimana yang telah kongsikan di dalam Ulasan Menteri, bahawa ianya membantu pihak kerajaan dalam memastikan perlindungan sosial yang lebih baik kepada pekerja asing dan mengurangkan beban kewangan majikan sejajar dalam usaha negara dalam meningkatkan kesejahteraan tenaga kerja yang mana ianya dikenakan bagi semua sektor swasta dalam ‘formal sector’ sahaja.
Untuk maklumat, berdasarkan daripada maklumat Jabatan Buruh, setakat ini tiada ‘formal sector’ yang menghadapkan permohonan untuk LPA iaitu untuk mendatangkan pekerja asing dan jua pada masa ani ‘coverage insurance’ yang ada pada masa ani minimumnya adalah BND10,000 untuk setahun, walau bagaimanapun dengan adanya dasar insurans pekerja asing yang baharu ani, ianya akan meningkat kepada BND100,000 meningkat bagi tempoh dua tahun sekali gus.
“’Ani’ jua membantu pihak kerajaan dalam menangani isu-isu tunggakan ataupun ‘medical bills’. Untuk insurans projek imigran ini, ianya hendaklah dibeli dan dibiayai oleh majikan sendiri.
“Jika majikan didapati membuat potongan gaji pekerja untuk tujuan pembayaran insurans, mereka boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND1,000 bagi setiap kesalahan atau boleh didakwa di mahkamah jika sabit kesalahan. Hukuman yang dikenakan adalah denda sebanyak BND2,000 atau hukum penjara tidak kurang dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.
“Kesalahan ini diperuntukkan di bawah Bab 113A (3) di bawah Akta Pekerjaan Penggal 278,” ujar Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)




