04.08.25 Proaktif menjalin ‘strategic alliances’, misi perdagangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Ogos. – Dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi dan politik global, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau.
Yang Berhormat membangkitkan perkara tersebut pada hari pertama Mesyuarat Kedua Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
“Kita perlu proaktif dalam menjalin ‘strategic alliances’, misi perdagangan, dan projek ‘joint venture’ dengan negara sahabat, khususnya dalam ASEAN,” ujar Yang Berhormat. Yang Berhormat juga memuji kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan hubungan diplomatik yang erat, yang memudahkan Negara Brunei Darussalam (NBD) menarik pelaburan asing untuk keuntungan bersama (mutual benefit).
“Kaola berpendapat kita perlu bertindak secara proaktif di mana peluang-peluang perniagaan, pelaburan dan ‘joint venture’ dapat diterokai.
“Setentunya hubungan ekonomi perdagangan, pertanian di antara negara ASEAN dengan NBD dapat didalami dalam pelbagai bidang,” ujar Yang Berhormat lagi.

Sumber Berita dan Gambar: Pelita Brunei

BERITA TERKINI