04.08.25 Libatkan sektor swasta, pelaburan asing dalam Economic Blueprint

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Ogos. – Meskipun Economic Blueprint dirangka dengan teliti, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada hari pertama Mesyuarat Kedua Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, menggesa perlunya pembaikan iklim perniagaan untuk sektor swasta.

Yang Berhormat menjelaskan kita juga berharap usaha ke arah ‘economic diversification’ akan dapat melibatkan sektor swasta secara mudah dan besar-besaran.

Buat pada masa ini, sektor swasta merasa seolah peranan mereka dalam usaha mencapai Wawasan Brunei 2035 tidak diambil berat malah dalam sesi perbincangan dengan beberapa wakil sektor swasta, mereka menyatakan kesulitan menjalankan perusahaan perniagaan disebabkan business environment yang tidak ‘friendly’ dan kondusif, tambah Yang Berhormat.

Yang Berhormat kemudiannya menyarankan peningkatan ‘mutual trust’ antara kerajaan dan swasta, serta penyederhanaan Prosedur Pelaburan Asing (FDI) untuk menarik lebih banyak modal.

Sumber Berita dan Gambar: Pelita Brunei

BERITA TERKINI