04.03.26 Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN

Majlis Mesyuarat Negara memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara untuk bermula pada Hari Khamis, 22 Ramadhan 1447H bersamaan dengan 12 Mac 2026M bertempat di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

Dimaklumkan juga bahawa Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara akan dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pengurniaan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara.

Istiadat Pembukaan Rasmi akan disiarkan secara langsung bermula 10.40 pagi menerusi saluran media rasmi Radio Televisyen Brunei.

BERITA TERKINI