02.03.25 Memantapkan ekonomi negara dari semua sudut, perspektif

​BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Mac. – Negara Brunei Darussalam (NBD) tidak lepas daripada menghadapi ekonomi global, cabaran ini akan berlaku pada setiap semasa ke semasa.

Dari itu, usaha ke arah memantapkan ekonomi negara adalah sentiasa dilaksanakan dari semua sudut dan perspektif sepertimana di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga menyentuh berkenaan dengan peningkatan KDNK pada tahun 2017 hingga 2023, meningkat secara empat peratus setahun melalui eksport produk-produk baharu ke negara luar.

Bahkan, ini turut menggambarkan usaha mempelbagaikan produk-produk baharu yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran global adalah penting bagi memantapkan ekonomi negara selain minyak dan gas.

Perkara itu ditekankan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya’akub, Penghulu Mukim Ukong pada hari ketiga pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.

Menurut Yang Berhormat, NBD juga mempunyai maksud lain yang berpotensi dimajukan seperti produk-produk kaca yang berkualiti dan mahal, sinaran ini juga dilihat kepada usaha dan produktiviti yang dihasilkan oleh Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana serta juga pengusaha Produk Satu Kampung, Satu Produk.

Bukan itu sahaja, pemain industri dalam tempatan di dalam semua sektor tegas Yang Berhormat, perlulah dilihat penting walaupun ia berjalan secara kecil-kecilan bantuan dalam bentuk kewangan dan bimbingan adalah bentuk utama ke arah peningkatan masing-masing. Ini jelas Yang Berhormat lagi, termasuk penyediaan ekosistem perniagaan hendaklah sentiasa dikemaskinikan zaman agar para tempatan tidak ketinggalan di pasaran global.

“Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh dengan tanggungjawab dan peranan, baginda juga akan menyuarakan perundingan secara baik dan telus hendaklah dilakukan bersama dengan agensi-agensi kerajaan agar pelaksanaan tiap projek atau kempen setiap kemajuan dalam mewujudkan secara interaksi rakyat,” kata Yang Berhormat lagi.

Dalam pada itu, Yang Berhormat juga menyambut baik Musim Permesyuaratan MMN diadakan dua kali setahun ini memberikan ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik dan kondusif.

Yang Berhormat turut menyokong Usul Menjunjung Kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN, yang diadakan baru-baru ini.

“Sememangnya dalam titah baginda ini adalah merupakan garis panduan serta peringatan kepada kaola dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mahupun pihak kerajaan dan swasta serta penduduk NBD di dalam sama-sama menanai dan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab masing-masing ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035,” ujar Yang Berhormat lagi.

(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

BERITA TERKINI