Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pejabat Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara

Pejabat Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara
​​​​​​​Fungsi Utama:

1. Mengendalikan tugas-tugas pentadbiran am dan kewangan berkenaan dengan Majlis Mesyuarat Di-Raja, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Majlis Mesyuarat Negara.​


Tugas Dan Tanggungjawab:

1. Membantu Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (Speaker), Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja mengenai dengan perundangan, amalan dan prosedur mesyuarat;

2. Membantu Jurutulis dalam pengurusan dan persiapan-persiapan bagi mengadakan mesyuarat kepada Majlis Mesyuarat Di-Raja, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Majlis Mesyuarat Negara;

3. Bertanggungjawab dalam persediaan dan persiapan Majlis atau Mesyuarat yang dihadiri oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua Negara dan Ahli-Ahli Rombongan Ahli Majlis Mesyuarat Negara;

4. Bertanggungjawab dalam mengendalikan projek-projek dan aktviti-aktiviti jabatan dari segi pemantaun, perlaksanaan dan lain-lain lagi.​