Bahasa Melayu | English
Text size :
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Februari. - Majlis Mesyuarat Negara (MMN) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Musim Permesyuaratan MMN Ke-21 untuk bermula pada Rabu, 27 Syaaban 1446 Hijrah bersamaan 26 Februari 2025 Masihi bertempat di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.
Dimaklumkan juga bahawa Musim Permesyuaratan MMN Ke-21 akan dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pengurniaan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-21 MMN.
Istiadat Pembukaan Rasmi akan disiarkan secara langsung bermula 10.40 pagi menerusi saluran media rasmi Radio Televisyen Brunei.
(Sumber berita: Pelita Brunei)