Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.07.24 Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Julai. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini telah menerima kunjungan perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe, yang akan menamatkan perkhidmatannya. 

 

Turut hadir semasa kunjungan tersebut, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.

 

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menghargai persahabatan dan hubungan erat yang sedia ada antara kedua buah negara dan berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan perkara-perkara berkepentingan bersama khasnya mengenai sistem perundangan kedua-dua negara dan perancangan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua badan perundangan.


(Sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

03.07.24 Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan