Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.02.24 Memastikan kelancaran MMN

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Februari. - Bagi memastikan kelancaran acara Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan sepanjang mesyuarat diadakan selama beberapa minggu ini, beberapa orang jawatankuasa bagi acara tersebut ditubuhkan.

Pelita Brunei menemu bual Pegawai Penerangan selaku Sekretariat Media, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Haji Ramli menjelaskan mengenai kemudahan yang terdapat di Pusat Penyelarasan Media - Media Coordination Centre (MCC).

Bagi memberikan keselesaan, khususnya untuk wartawan dan pemberita yang bertugas, beliau seterusnya menjelaskan bahawa beberapa peralatan logistik seperti kerusi, meja disediakan bagi ruang media bertugas, termasuk beberapa buah komputer meja untuk mereka membuat berita-berita yang akan diterbitkan pada sidang tersebut.

Pusat Media turut menyediakan kemudahan Wi-Fi memudahkan mereka bagi untuk mendapatkan akses internet sekiranya mereka perlu menghantar terus berita-berita yang telah siap, tambahnya.

Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai tugas dan tanggungjawab jawatankuasa berkenaan, iaitu untuk menjemput semua media dalam membuat liputan di sepanjang persidangan dan bukan sahaja untuk istiadat pembukaan.

Menurutnya lagi, Jawatankuasa Media dan Publisiti mengawal maklumat-maklumat yang dikeluarkan kepada orang ramai, malah jawatankuasa tersebut juga pengantaraan bagi menjadi maklumat-maklumat yang di Hansard untuk disampaikan ke pihak media juga kepada pihak institusi tertentu.

Sementara itu, Jabatan Penerangan merupakan tumpuan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pihak media swasta dan membantu Pusat Media dengan menyediakan 'whiteboard' dan 'pigeon hole' bagi perkongsian maklumat sidang berkenaan.

Selain itu, makanan dan minuman ringan juga disediakan secara percuma bagi para pengamal media yang bertugas di sepanjang acara berlangsung sehingga selesai nanti.​

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenal Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN bolehlah melayari laman sesawang JMM, iaitu 'www.majlis-mesyuarat.gov.bn'.

(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)

27.02.24 Memastikan kelancaran MMN