Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.10.23 Persediaan bagi AIPA CAUCUS Ke-15 Anjuran MMN

​​BANDAR SERI BEGAWAN, Hari Isnin, 30 Oktober - Sebagai persediaan Mesyuarat AIPA CAUCUS Ke15 yang akan dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam pada tahun 2024, sebuah mesyuarat persediaan telah diadakan pada hari ini.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pengerusi Mesyuarat AIPA CAUCUS Ke15.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Puan Yang Terutama Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA.  Semasa mesyuarat tersebut, Puan Yang Terutama telah menyampaikan sebuah Taklimat Pengenalan Khas mengenai Mesyuarat AIPA CAUCUS dengan memfokuskan kepada tujuan-tujuan utama mesyuarat dan proses-proses dalam menganjurkan mesyuarat AIPA CAUCUS itu nanti.

Antara lain tujuan utama mesyuarat juga bagi membincangkan isu-isu berkepentingan dan komitmen negara untuk dapat diketengahkan semasa menganjurkan Mesyuarat AIPA CAUCUS Ke-15 nanti ke arah mencapai matlamat dan wawasan negara 2035.  Mesyuarat AIPA CAUCUS Ke-15 itu nanti juga akan mengetengahkan perkembangan status implementasi resolusi-resolusi yang telah diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA yang lepas, termasuk perkembangan serta inisiatif-inisiatif yang telah diusahakan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, perkembangan wanita dan belia.



Hadir sama semasa mesyuarat tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat; serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.


30.10.23 Persediaan bagi AIPA CAUCUS Ke-15 Anjuran MMN