Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.09.23 MMN Terima Lawatan Kerja DPRA, Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 September. - Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini menerima kunjungan Lawatan Kerja daripada rombongan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA), Republik Indonesia, pagi tadi.



Rombongan DPRA diketuai oleh Setiausaha Komiti III DPRA (Secretary of the Committee III of the Aceh House of Representatives of the Republic of Indonesia), Ir. H. Azhar Abdurrahman berserta empat orang delegasi.



Hadir mengalu-alukan rombongan di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar.




Turut hadir mengalu-alukan rombongan ialah beberapa orang Ahli-ahli MMN.




Semasa lawatan tersebut juga diadakan sesi perbincangan bagi memberi peluang kedua-dua pihak mengongsikan perspektif dan bertukar-tukar pendapat dan maklumat yang menumpukan kepada kemajuan pembangunan dan pengurusan pelancongan halal, mencerminkan komitmen bersama dalam memanfaatkan potensi ekonomi dan budaya sektor tersebut yang berkembang pesat.



Ia juga termasuk mengongsikan maklumat-maklumat mengenai perbankan dan kewangan Islam.



Sesi perbincangan juga antara lain mengetengahkan mengenai tatacara perundangan dibincangkan dan diluluskan pada peringkat MMN dan DPRA.




Antara tujuan utama lawatan DPRA ke Bangunan Dewan Majlis adalah untuk memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik antara kedua-dua pihak.



Pertemuan kedua-dua pihak itu melambangkan jambatan antara kedua-dua pihak, di mana budaya unik kedua-dua negara amatlah menerapkan syiar Islam mempamerkan peluang kerjasama dalam bidang pelancongan Islam yang dapat dipertingkatkan dan usaha bersepadu bagi pertumbuhan bersama seterusnya memberikan impak positif kepada serantau dan global.



Lawatan Kerja itu juga mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua buah pihak parlimen.



(Sumber berita: Pelita Brunei)

26.09.23 MMN Terima Lawatan Kerja DPRA, Indonesia